Sewa murah, peniaga char kuetiau sanggup datang dari Johor ke Malakat Mall 

0
37
Nurul Huda Ahmi, 29, salah seorang peniaga kecil yang berniaga sempena Program Riuh & Rancak (R&R) di Malakat Mall di sini, hari ini.

CYBERJAYA – “Malakat Mall banyak membantu kami sebagai peniaga kecil dari sudut sewa yang murah,” kata Nurul Huda Ahmi, 29, salah seorang peniaga kecil yang berniaga sempena Program Riuh & Rancak (R&R) di Malakat Mall di sini, hari ini

Dia yang sudah beberapa kali berniaga di Malakat Mall memberitahu, sambutan daripada orang ramai yang menggalakan  merupakan antara faktor dia sanggup datang berniaga di sini walaupun tinggal di Johor.

“Saya sudah berniaga di sini sejak daripada Program Hari Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia hari itu dan masuk hari ini merupakan hari yang ketiga berniaga sejak Jumaat lalu.

Gerai The Sailor Char Kuey Teow di Malakat Mall yang dibuka pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sempena Program Riuh & Rancak (R&R).

“Setakat ini Alhamdulillah, sambutan daripada orang ramai menggalakan dan orang ramai boleh beli char kuetiau di gerai The Sailor Char Kuey Teow di Malakat Mall pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad,” katanya kepada Malakat Tribune.

Dalam pada itu ditanya mengenai resepi masakan tersebut, katanya, resepi char kuetiau itu dibuatnya sendiri dan telah tiga tahun mengusahakan perniagaan berkenaan.

Program R&R diadakan di Malakat Square pada setiap hari Jumaat hingga Ahad setiap minggu dari jam 4 petang sehingga 12 malam.

Program tersebut menghimpunkan pelbagai jenis barang termasuk makanan, minuman, pakaian, aksesori, kraftangan, permainan dan lain-lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here