Sifatkan kenyataan disalah erti, Faizal Azumu mohon maaf

0
69
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hadir ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia ketika bertemu Bahrain Sabtu lalu.

CYBERJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memohon maaf susulan kenyataan yang dibuatnya mengenai sorakan penonton menyebabkan pemain Harimau Malaya hilang fokus telah membangkitkan kemarahan seluruh penyokong bola sepak tanah air.

Menerusi satu ciapan dalam laman Twitter miliknya, Faizal berkata, kenyataannya sebelum ini telah disalah erti.

“Sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai. (Bila dah kena balon, saya pun pening). Cakap-cakap bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya,” ciapnya hari ini

Semalam, peminat bola sepak tanah air berang apabila bekas Menteri Besar Perak itu seolah-olah menyalahkan penonton susulan kekalahan Harimau Malaya ketika bertemu Bahrain, Sabtu lalu.

Ahmad Faizal berkata, faktor luaran iaitu lebih 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan itu berlangsung harus diambil kira atas kekalahan itu apabila sorakan penonton secara tiba-tiba dilihat menyebabkan pemain negara hilang fokus.

Katanya, sorakan penonton semakin kuat sejurus jaringan pertama dihasilkan selepas kelibat Guilherme De Paula akan dimasukkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here