
KUALA LUMPUR – Alam Flora dengan kerjasama pengamal media buat julung kalinya mengadakan program ‘Sustainability Hunt 2022’ di Taman Tugu di sini hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Alam Flora, Azahari Zainal Abidin, program itu adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengamal media dan rangkaian komuniti media seperti ‘Key Opinion Leader (KOLs), ‘influencer’ serta penulis blog.
“Mengapa kita pilih mereka ini adalah kerana kita lihat pengamal media dan influncers adalah kerana topik ‘sustainability’ ini perlu disampaikan dengan santai supaya tidak terlalu bosan dan akademik

“Mereka ini adalah saluran terbaik dengan video, artikel dan dengan apa yang mereka muat naik di media sosial akan buat ramai dan lebih terhibur.
“Topik ‘sustainability’ ini perlu disampaikan dengan santai supaya tidak terlalu bosan dan akademik,” katanya.
Yang hadir, 10 media arus perdana, 10 penulis blog, lima orang KOL dan lima ‘influencer’ termasuk seorang selebriti dan pelakon terkenal Ummi Nazeera.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan Alam Flora untuk membina lebih banyak Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS), beliau berkata perkara tersebut sudah dalam perancangan.
“Buat masa sekarang FIKS hanya ada di Putrajaya dan kami telah merancang untuk membina lebih banyak fasiliti tersebut dan dalam perancangan untuk bina di Kuala Lumpur dan Kuantan.
“Anggaran untuk pembinaan adalah dalam masa 12 hingga 18 bulan selepas mendapat kelulusan tapak dan pembinaan bergerak seiring ini akan bergerak seiring di lokasi tertentu,” ujarnya lagi.