Tarikh Hari Raya Haji diumumkan malam ini – Mufti Wilayah

0
152
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan melaksanakan cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1443 hijrah pada petang ini.

Menurutnya dalam satu kenyataan, cerapan itu akan dilakukan di tiga lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Cerapan akan dilakukan di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Tingkat 10, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bagi menentuan permulaan bulan Zulhijjah 1443 hijrah,” katanya hari ini.

Pengisytiharaan 1 Zulhijjah 1443 hijrah akan diumumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja pada malam ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here