Thailand: Lelaki sakit mental dijatuhi hukuman penjara kerana hina keluarga diraja

0
11
Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida.

BANGKOK – Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun selepas membuat kenyataan mengkritik keluarga diraja Thailand.

Portal berita Thaiger melaporkan, lelaki berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Punyaphat itu didakwa mengikut Seksyen 112 kanun jenayah negara atau dikenali sebagai undang-undang lèse majesté.

Bagaimanapun, hukuman itu kemudian dikurangkan kepada 6 tahun kerana tertuduh mengaku salah.

Ibu Punyaphat berkata, anaknya mengalami sindrom kurang daya tumpuan dan kecelaruan personaliti obsesif-kompulsif.

Menurut wanita berkenaan, anaknya hanya boleh berkomunikasi secara terhad, tidak dapat mengawal dirinya ketika menghadapi tekanan dan bertindak meninggalkan rumah bersendirian.

Mahkamah bagaimanapun berpuas hati dengan kemampuan Punyaphat membantah pertuduhan tersebut dan memutuskan bahawa dia tidak perlu berjumpa pakar psikiatri kerana boleh bercakap tentang dirinya.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin 225,000 baht (RM27,878) sementara menunggu keputusan rayuan kes tersebut.

Peguam Punyaphat membayar ikat jamin dan akan merayu keputusan mahkamah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here