Tiada lagi perjuangan untuk keluarkan wang KWSP – tegas Asyraf Wajdi

0
22
Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki

CYBERJAYA – Isu kenaikan harga barang di pasaran ketika ini tidak boleh dijadikan sebab supaya wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan dikeluarkan sekali lagi.

Menurut Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang mendadak ketika ini, perlu pendekatan yang berbeza termasuk dengan intervensi kerajaan.

“Ramai yang minta diperjuangkan sekali lagi isu KWSP. Waktu saya berjumpa untuk merayu kepada Perdana Menteri dan Tengku Zafrul Menteri Kewangan sebelum ini, saya dah berhujah bahawa pengeluaran RM10,000 KWSP dahulu adalah yang terakhir bagi memenuhi tuntutan rakyat yang susah untuk memulakan kehidupan baharu pasca pandemik.

“Justeru, pengeluaran KWSP tidak boleh dijadikan satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu harga barang dan kos sara hidup yang meningkat mendadak ketika ini.

“Dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang mendadak ketika ini, perlu pendekatan yang berbeza bersifat holistik termasuk intervensi kerajaan yang tepat terhadap rantaian bekalan makanan asasi rakyat,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga meminta supaya kerenah birokrasi di peringkat bawah perlu ditangani segera bagi memastikan setiap bantuan kepada rakyat termasuk subsidi dapat disampaikan secara berkesan.

“Insya-Allah tengah hari ini juga ada beberapa persatuan penternak ayam dikalangan peniaga kecil dan sederhana dan wakil NAFAS akan datang ke pejabat Pemuda UMNO untuk berbincang mengenai isu-isu melingkari mereka untuk diangkat kepada kerajaan.

“Pemuda UMNO akan terus bersuara bagi pihak rakyat dan bersedia menjadi penghubung kepada kerajaan agar suara hati rakyat benar-benar didengari mereka,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here