TMJ dilantik sebagai Pemangku Raja

0
62
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

ISKANDAR PUTERI – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini.

“Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini.

“Saya mahu berehat sekejap mulai hari ini,” titah baginda memetik laporan Harian Metro.

Tunku Ismail adalah anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.

Pemangku Raja adalah seseorang yang memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here