Tren Shuttle Tebrau antara JB Sentral dan Woolands dibuka semula mulai hari ini

0
31
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU – Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tren Shuttle Tebrau di antara Stesen JB Sentral di sini dan Stesen Woodlands, Singapura yang telah dihentikan selama dua tahun berikutan penutupan sempadan semasa pandemik Covid-19 akan bermula semula hari ini.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dengan beroperasinya semula kemudahan itu, ia dilihat mampu mengurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor khususnya pada waktu puncak.

“Dengan beroperasian semula kemudahan mesra rakyat ini, saya percaya ia akan membantu mengurangkan kesesakan trafik di Tambak Johor khususnya pada waktu-waktu puncak, sekaligus merancakkan lagi kegiatan sosio-ekonomi negeri.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak, khususnya Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Pengerusi KTMB, Datuk Musa Sheikh Fadzir serta seluruh warga KTMB, semua agensi-agensi negeri dan persekutuan yang telah berusaha memastikan perkhidmatan tren ini kembali beroperasi semula hari ini,” katanya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here