Tukar lokasi lawan JDT II, Kelantan FC nafi tak bayar sewa

0
39
Stadium Sultan Muhammad IV

KOTA BHARU – Pasukan Kelantan FC menafikan tidak membayar sewa stadium dan padang latihan sehingga terpaksa mencari padang perlawanan lain bagi aksi menentang Johor Darul Takzim (JDT) II, 27 Jun ini.

Pengurus Operasi TRW Kelantan FC, Qusmaini Noor Rusli berkata, sebaliknya, tindakan itu terpaksa diambil berikutan Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) Kota Bharu hanya boleh digunakan sepenuhnya bermula 30 Jun ini

Malah katanya, bilik persalinan yang tidak sesuai digunakan untuk perlawanan Liga Perdana Malaysia antara faktor utama SSMIV tidak dapat kelulusan untuk digunapakai.

“Pihak kami kecewa dengan penyelenggaraan SSMIV yang masih belum disiapkan mengikut jadual berdasarkan surat rasmi bertarikh 8 Jun lalu.

“Sebagai pasukan tuan rumah, kami terpaksa cari lokasi alternatif bagi perlawanan nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Qusmaini berkata pihaknya juga tidak mempunyai apa-apa tunggakan sewa atau bayaran padang latihan dan sebagainya seperti didakwa sesetengah pihak.

“Kami memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan fakta tidak tepat,” katanya.

Sebelum ini, stadium itu dinaiktaraf dengan peruntukan berjumlah RM5 juta melibatkan penggantian tiang dan lampu limpah bagi memenuhi piawaian Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Kerja-kerja membaikpulih struktur bangunan pula dijangka siap sepenuhnya bulan ini manakala pembinaan lain pada Ogos nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here