Tuntut Riau dan Singapura: Dr Mahathir dakwa kenyataannya dipetik di luar konteks

0
39
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau pernah mencadangkan supaya Malaysia menuntut semula Riau dari Indonesia dan Singapura.

Menurut Dr Mahathir, kenyataannya itu yang dibuat dalam sebuah kongres baru-baru ini telah dipetik di luar konteks.

“Laporan itu yang dibuat ketika saya berucap dalam satu pertemuan bersama kumpulan Melayu adalah tidak tepat. Saya tidak maksudkan supaya Malaysia menuntut wilayah yang telah kita hilang.

“Saya cuba menjelaskan kenapa kita terlalu memikirkan mengenai kehilangan sebuah ‘meja sebesar batu’ (Pulau Batu Puteh) tetapi tidak pernah fikir mengenai tanah yang lebih besar milik Malaysia yang diambil daripada kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Mahathir ketika berucap dalam sebuah kongres pada Ahad lalu berkata, bukan hanya Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh harus dikembalikan, sebaliknya mencadang supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, beliau menyifatkan ia sebagai isu remeh.

“Kehilangan Pulau Batu Puteh ialah isu remeh. Ia adalah hasil kesilapan kerajaan Johor sendiri yang menafika batu itu milik merka. Jika mereka tidak menafikannya, maka isu itu tidak berbangkit.

“Kita juga harus berterima kasih kepada mahkamah antarabangsa yang menganugerahkan Pulau Ligitan dan Sipadan kepada Malaysia.

“Kedua-dua pulau ini lebih berharga dari Pulau Batu Puteh yang hanya sebongkah batu.

“Kita juga harus berterima kasih kepada Indonesia yang tidak membantah, sesungguhnya kita tidak bersyukur dengan apa yang diperoleh,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here