Usahawan, ibu bapa digalakkan melabur dalam Pelaburan MARA untuk dapat keuntungan 

0
30
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah) dalam sidang media selepas Majlis Ulang Tahun ke-55 Pelaburan Mara Berhad di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, hari ini. 

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA) berada di landasan yang betul selepas 55 tahun syarikat itu beroperasi.

Mahdzir berkata, Pelaburan MARA telah menjadi sebahagian daripada sejarah perjuangan nasib Bumiputera di tanah air sendiri.

“Ini membuktikan kesungguhan pihak kerajaan sejak dari awal lagi untuk terus-menerus membantu agenda Bumiputera di luar bandar.

“Kita harus tumpang berbangga kerana penglibatan masyarakat Bumiputera luar bandar ke dalam pelaburan saham amanah dengan dana yang diuruskan oleh Amanah Saham MARA Berhad,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil MARA dalam meningkatkan pelaburan.

“Kita ada dua segmen iaitu pendidikan dan keusahawanan, apa salahnya kalau ibu-bapa kepada anak yang menerima dana daripada MARA boleh melabur dalam Pelaburan MARA untuk mereka dapatkan keuntungan setiap tahun.

“Sama juga kepada usahawan yang menerima dana beratus ribu boleh letak satu jumlah sebagai pelaburan kepada MARA,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here