Wanita Indonesia jadi individu pertama didakwa mengikut Akta Pergigian

0
57
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Seorang wanita warga Indonesia menjadi individu pertama di negara ini yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan kesalahan Akta Pergigian 2018 (Akta 804).

Putri Wahyuni, 22, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas tuduhan menjalankan amalan pergigian tanpa lesen pada bulan lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 62 (1) Akta 804 itu didakwa dilakukan di sebuah premis kecantikan di Bandar Puteri Puchong, di sini pada pukul 11.47 pagi, 26 Mei lalu

Dia tidak mengaku bersalah atas kesalahan yang dibacakan di depan Hakim Norshila Kamaruddin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mohamad Shafiq Mohd Sazali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Julai depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Hukuman bagi kesalahan itu pula memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan.

Pertuduhan mengikut seksyen itu adalah yang pertama sejak Akta 804 berkuat kuasa 1 Januari lalu yang menggantikan Akta Pergigian 1971 (Akta 51) yang sudah digunakan selama 50 tahun.

Akta itu bagi mengawal selia amalan dalam bidang pergigian dan mengambil tindakan terhadap mana-mana aktiviti yang tidak mematuhi peruntukanm terutamanya yang dilaksana secara haram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here