Warga Perak dipelawa sertai kelas percuma simpanan bersandarkan emas

0
10
Antara peserta kelas bimbingan percuma Coach Fadzil di Johor pada 17 Jun lalu.

CYBERJAYA – Warga Perak yang berminat menggandakan aset menerusi pemilikan emas dipelawa menghadiri kelas bimbingan anjuran Kumpulan Malakat Eco pada Jumaat ini.

Kelas yang diadakan secara percuma itu akan dikelolakan oleh Pengerusi Kumpulan, Mohd. Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Kelas bimbingan tersebut akan diadakan di kampus Brainy Bunch Sri Iskandar, pada pukul 8 malam.

Kata Coach Fadzil, antara isi kandungan kelas tersebut termasuk mempelajari teknik simpanan bersandarkan emas.

“Selain itu, kami akan mendedahkan ‘Formula Magic’ yang mana ia dapat memaksimakan simpanan emas yang anda miliki.

“Pada masa yang sama, kami akan turut memberi anda pengetahuan mengenai bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan,” kata Coach Fadzil dalam satu hantaran di laman Facebooknya, hari ini.

Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri menerusi pautan ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menggandakan lagi nilai aset tunai yang kita miliki dan melindunginya menggunakan mineral emas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here