Zainal Abidin Hassan kembali bimbing skuad Harimau Kumbang

0
52
Zainal Abidin Hassan dilantik menjadi jurulatih baharu Penang FC hari ini.

CYBERJAYA – Pasukan Penang FC melantik Zainal Abidin Hassan sebagai jurulatih baharu pasukan itu bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Menurut Penang FC dalam satu kenyataan, bekas pemain legenda Pahang dan Selangor itu sebelum ini pernah berbakti bersama skuad Harimau Kumbang itu pada musim 2017 hingga 2018.

“Pihak Pengurusan mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi ahli keluarga Penang FC buat Coach Zainal Abidin Hassan buat sekali lagi.

“Coach Zainal yang pernah mengemudi pasukan Penang FA pada tahun 2017-18 sekali lagi diberi kepercayaan dalam menggalas tugas yang amat berat sebagai Ketua Jurulatih Penang FC yang terkini untuk mencetuskan kebangkitan semula Penang FC,” katanya.

Dalam pada itu, tugas itu diberikan kepada beliau selepas segala penilaian dilakukan.

“Kepercayaan yang diberikan bukan semata-mata atas ciri-ciri jenis dan corak permainan, taktikal dan kecergasan, malah mengambil kira segala faktor luar dan dalam padang yang boleh menjadi pengaruh yang positif untuk kebangkitan semula ini.

“Dalam meraikan mutu pengadilan yang luhur dan adil serta bijaksana dalam setiap perlawanan melibatkan Penang FC, Coach Zainal Abidin juga diharapkan dapat mengekalkan perhubungan mesra yang terjalin dengan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran sukan rakyat yang paling berprestij ini,” ujarnya.

Sementara itu, pihak pengurusan Penang FC juga berharap dengan pelantikan itu dapat mengubah prestasi semasa skuad itu yang kini berada di dasar liga.

“Sama-samalah kita mendoakan segala daya kemudahan dan pencapaian hasil memberansangkan seperti mana yang diharap-harapkan oleh semua penyokong Penang FC.

Kepercayaan yang diberikan bukan semata-mata atas ciri-ciri jenis dan corak permainan, taktikal dan kecergasan, malah mengambil kira segala faktor luar dan dalam padang yang boleh menjadi pengaruh yang positif untuk kebangkitan semula ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here