11 stesen LRT terlibat gangguan bekalan elektrik

0
7
Rapid KL LRT

CYBERJAYA – Sekurang-kurangnya 11 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) mengalami gangguan akibat bekalan elektrik yang terputus di beberapa kawasan di seluruh negara hari ini.

Rapid Rail Sdn. Bhd. dalam kenyataan berkata, kejadian di stesen yang terletak di laluan Ampang / Sri Petaling itu menyebabkan tren bergerak dalam keadaan perlahan.

“Perkhidmatan LRT laluan Ampang/Sri Petaling dilaporkan mengalami gangguan melibatkan 11 stesen dari Stesen LRT Bandar Tun Razak sehingga Pusat Bandar Puchong.

“Tren bergerak dengan lebih perlahan dan berhenti lama di platform. Penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalan sehala percuma yang perlu tebus di kaunter khidmat pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, perkhidmatan telah pulih sepenuhnya pada pukul 1.35 petang tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here