2 anggota tentera maut dihempap pokok ketika bertugas

0
71
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) disahkan meninggal dunia selepas dihempap pokok ketika menjalani operasi.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat berkata, dua anggota yang meninggal dunia itu dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) adalah Sarjan Mohd Kamal Ramli dan Koperal Muhammad Zaki Johari.

Katanya, kejadian berlaku pada 2.30 pagi hari ini di pangkalan sementara di kawasan operasi pasukan yang dilanda ribut kencang.

“Bagaimanapun, pada 2.50 pagi selepas suasana tenang, pemeriksaan keselamatan dilaksanakan dan mendapati kedua-dua anggota meninggal dunia akibat ditimpa pokok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, TDM menzahirkan ucapan takziah buat isteri Allahyarham Sarjan Mohd Kamal iaitu Koperal Siti Nafishah Mohd Nasir dan isteri Allahyarham Koperal Muhammad Zaki, Nurummi Amirah Chepa serta seluruh ahli keluarga Allahyarham berdua.

“TDM akan menghulurkan bantuan sewajarnya dalam memastikan kebajikan keluarga mereka terjaga.

“Jenazah Sarjan Mohd Kamal akan dikebumikan di Sungai Petani, Kedah manakala jenazah Koperal Muhammad Zaki akan dikebumikan di Chuping, Perlis,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here