2 beradik raih kejayaan dalam Ihtifal KAFA Kebangsaan

0
16
Ahmad Azfar dan ‘Arifah berjaya meraih kejayaan dalam Ihtifal KAFA Kebangsaan bagi tahun ini.

KOTA BHARU – Dua beradik qari dan qariah Melaka iaitu Ahmad Azfar Azraie, 10, dan kakaknya ‘Arifah Azraie,12, berjaya meraih kejayaan dalam Ihtifal KAFA Kebangsaan bagi tahun ini.

Azfar telah diumumkan sebagai juara qari manakala kakaknya, Árifah memperoleh tempat ketiga qariah dalam majlis tersebut.

Dengan kemenangan itu, kedua-duanya yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Beruang dan Sekolah KAFA di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ayer Keroh masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500, wang tunai RM300 dan piala iringan.

Arifah merupakan anak keempat dan Ahmad Azfar anak kelima daripada tujuh orang adik beradik manakala ibu dan ayah mereka juga adalah qari dan qariah dalam petandingan Majlis Tilawah Quran Peringkat Kebangsaan baru- baru ini.

Sementara itu pencapaian tertinggi Ahmad Azfar dalam Tilawah al-Quran adalah naib johan Tilawah Antarabangsa Tijan Nour anjuran Qatar baru- baru ini manakala kakaknya ‘Arifah Naib Johan IKK keenam tahun 2021.

Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu sehingga Ahad di Dewan Sri Makmor H Hotel Elite itu turut disertai peserta dari seluruh negara.

Sementara itu, ayah kepada kedua-dua pemenang, Azraei Abdul Haq ketika ditemui pemberita berkata, kejayaan anak-anak beliau itu didorong oleh pengalaman mereka yang telah banyak menyertai pertandingan tilawah dan sering bertalaqqi, iaitu bertemu dan belajar terus mengenai sebutan yang betul dengan banyak guru al-Quran.

Malah, katanya, mereka juga setiap hari diasuh dengan al-Quran.

“Alhamdulillah, syukur atas kejayaan ini, dan berharap dapat mendorong lebih ramai golongan muda mengenai kaedah bacaan talaqqi al-Quran yang betul,” katanya menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam laman Facebooknya.

Sementara itu, beliau juga amat berharap anak-anak ini akan menjadi penyambung perjuangan keluarga ini dalan melahirkan generasi al-Quran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here