20 siri gempa bumi dikesan di Kepulauan Andaman, namun tidak sebabkan tsunami di Malaysia

0
94
Kepulauan Andaman

CYBERJAYA – Kejadian gempa bumi yang dilaporkan sejak kelmarin di sekitar Kepulauan Andaman tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ini kerana gempa bumi itu dikesan dengan magnitud lemah iaitu kurang daripada 5.0.

“Pada 4 hingga 6 Julai 2022 (4:01 petang) Met Malaysia telah mengesan 20 siri
dengan magnitud lemah iaitu kurang daripada 5.0.

“Berdasarkan pemantauan berterusan serta analisis data dan maklumat seismologi dan tsunami, Met Malaysia tidak menjangkakan kejadian tersebut berpotensi mengakibatkan tsunami yang akan memberi kesan kepada Malaysia,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, Met Malaysia secara berterusan akan memantau kejadian gempa itu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang akan memberi kesan kepada negara.

Sehubungan itu, katanya, orang awam diminta untuk sentiasa merujuk kepada maklumat terkini yang dikeluarkan Met Malaysia untuk sebarang maklumat gempa bumi dan tsunami.

Katanya, maklumat ini boleh diperolehi melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu wwww.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Met Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here