4 maut dalam kemalangan kenderaan langgar lori

0
38
Empat mangsa maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di Saratok, Sarawak.

SARATOK – Empat mangsa maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah lori berhampiran Simpang Roban di sini pagi ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Yusuf Tamin berkata, dalam kejadian itu, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok (BBP) telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 pagi ini dan telah mengarahkan keluaran jentera ke lokasi kejadian.

Katanya, sejurus tiba di lokasi di dapati keempat-empat mangsa masih berada di dalam kereta tersebut.

“Dalam operasi mengeluarkan mangsa, ketiga-tiga mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan pada jam 7.41 manakala operasi mengeluarkan pemandu yang tersepit diteruskan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua BBP Saratok, Muhd Shukur Jamaludin turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau kerja-kerja menyelamat.

Bagaimana pun setelah pemandu berjaya dikeluarkan, keempat-empat mangsa telah disahkan oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here