ADUN Tronoh didapati bersalah rogol pembantu rumah

0
41
Paul Yong Choo Kiong

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong hari ini dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun dengan dua sebatan di atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Paul Yong, 51, didapati bersalah merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya antara jam 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here