Aidil Adha: Kelantan beri cuti raya ketiga pada 12 Julai

0
17
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan akan memberi cuti kelepasan am pada Selasa minggu depan sebagai cuti gantian sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan menerusi kenyataan hari ini berkata, kerajaan negeri telah mewartakan 9 Zulhijjah iaitu pada 9 Julai 2022 sebagai hari kelepasan am sempena dengan hari wuquf di Arafah sebagaimana surat pemakluman pihaknya pada 13 Januari lepas.

“Berdasarkan hari wuquf tersebut, hari kelepasan am bagi Hari Raya Korban pertama dan kedua masing-masing jatuh pada hari Ahad serta Isnin (10 dan 11 Julai).

“Oleh itu, bertepatan dengan pemakluman surat berkenaan hari Selasa menjadi hari kelepasan am negeri Kelantan sebagai cuti gantian Hari Raya Korban hari raya kedua,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here