Bangunan asrama lelaki SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail musnah dijilat api 

0
26
Bomba sedang mengawal kebakaran di bangunan asrama lelaki SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan .di sini, tengah hari tadi.

PEDAS – Tingkat tiga bangunan asrama lelaki di sebuah sekolah hangus dijilat api di sini, tengah hari tadi.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, kebakaran berlaku di SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Negeri Sembilan .

Beliau bagaimanapun telah mengarahkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Saya telah mengarahkan PPD dan JPN segera mengambil tindakan susulan berikutan kejadian tersebut.

“Apa yang perlu diberi perhatian dan keutamaan adalah keselamatan serta kebajikan murid yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Tambahnya lagi, beliau akan melakukan terbaik bagi memastikan pelajar yang terjejas dapat menjalankan pembelajaran dengan selesa.

“Kami akan ikhtiarkan yang terbaik untuk membolehkan anak-anak teruskan pembelajaran dalam keadaan selesa,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here