Banjir Baling: Dua mangsa ditemukan pagi tadi

0
31
Keadaan salah sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Iboi, Kuoang, semalam.

BALING – Pasukan mencari dan menyelamat sudah menemukan dua mangsa banjir yang sebelum ini dilaporkan hilang, pagi tadi.

Laporan Bernama menyebut, mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Salmah Mat Akib, 53, dan Nurul Anis Abu Hassan, 23.

Kedua-dua mayat mangsa ditemukan pada kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Terdahulu, tiga sekeluarga, termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras di Kampung Iboi, Kupang, Kedah petang semalam.

Ahli keluarga mangsa, Abd Rahman Said, 71, sebelum ini berkata ketiga-tiga mangsa itu adalah ahli keluarganya, iaitu isterinya Salmah, menantunya Nurul Hanis dan anak tirinya Mohd Khairul Ikhwan Nor Azman, 14.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here