Bantu tingkatkan ekonomi Muslim, umat Islam diseru sokong perjuangan Malakat Mall

0
19
Yang Dipertua Pas Sepang, Ir Haslin Hassan (kiri) berjabat tangan dengan Naib Presiden Kanan Kumpulan Malakat Eco, Adzhar Mohd Noor dengan disaksikan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim (dua dari kiri) dan Yusni Hanif Ariffin

CYBERJAYA – Umat Islam khususnya di daerah Sepang diseru untuk menyokong perjuangan pusat beli belah mesra Muslim, Malakat Mall di sini dalam usaha membantu meningkatkan ekonomi Islam.

Yang Dipertua Pas Sepang, Ir Haslin Hassan berkata, sokongan umat Islam sangat penting bagi mewujudkan lebih banyak perniagaan milik umat Islam sekali gus dapat menyediakan peluang dan ruang untuk peniaga Muslim lain berniaga.

“Malakat Mall ialah usaha yang sangat baik dan perlu diberi sokongan khusunya oleh umat Islam bumiputera di Sepang.

“Kalau semua pihak memberikan sokongan kepada usaha Malakat Mall ini, ia akan memberikan satu impak yang sangat baik yang mana akhirnya memberikan kesan yang baik kepada masyarakat Islam secara keseluruhan,” katanya kepada Malakat Tribune di sini hari ini.

Haslin

Terdahulu, Haslin mengetuai rombongan daripada Pas Sepang melawat Malakat Mall di sini.

Kehadiran beliau disambut oleh Presiden Kumpulan Malakat Eco yang juga Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Hilmi Ismail.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kerjasama antara kedua-dua pihak, katanya, pihaknya akan melakukan lawatan susulan bagi melihat lebih banyak peluang dan ruang untuk bekerjasama.

Beliau berkata, Malakat Mall merupakan sebuah platform yang baik dalam mengembangkan perniagaan milik peniaga Muslim.

“Hasil perjumpaan hari ini kita lihat ada peluang untuk kita berkongsi bersama Malakat Mall dalam mengembangkannya kepada pengguna Islam.

“Pada saya, konsep Malakat Mall memberikan ruang dan peluang kepada seluruh masyarakat Islam Melayu untuk mencuba mempraktikkan ilmu yang ada.

“Jika selama ini kita takut dengan bayang-bayang sendiri tetapi di sini, dengan latihan yang betul kita boleh praktikkan ilmu perniagaan dengan menceburi bidang perniagaan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here