Bekas pemain kebangsaan ditahan disyaki miliki dadah

0
171

CYBERJAYA – Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan di Johor Bahru semalam kerana disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine.

Laporan Kosmo menyebut, penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Johor Bahru Utara, ACP Rupiah Abd. Wahid yang kemudiannya menambah, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berkenaan tangkapan itu dalam masa terdekat.

Suspek berusia 36 tahun itu pernah bermain untuk tiga buah pasukan Liga Super dan terpilih mewakili negara di pasukan Harimau Muda dan Harimau Malaya.

Suspek yang juga merupakan anak bekas pemain Selangor itu pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara 2009 hingga 2017.

Selain itu, pemain kelahiran Melaka berkenaan pernah menjulang kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here