Bekas PM Jepun, Shinzo Abe disahkan meninggal dunia

0
50
Shinzo Abe

TOKYO – Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe disahkan meninggal dunia selepas ditembak ketika sedang berucap di bandar raya Nara, barat Jepun hari ini.

Memetik laporan NHK, Abe yang ditembak sebanyak dua kali di bahagian badan terus dibawa ke sebuah hospital sejurus kejadian itu.

Abe ditembak dari bahagian belakang selepas beberapa minit menyampaikan ucapan.

Sejurus kejadian tembakan itu, Abe dibawa ke hospital namun difahamkan kecederaan yang dialaminya sangat kritikal. Kematiannya disahkan beberapa jam selepas insiden tragis itu di hospital.

Abe yang berusia 67 tahun adalah pemimpin Jepun yang paling lama berkhidmat sebelum meletakkan jawatan atas sebab kesihatan pada 2020.

Susulan kejadian itu polis menahan seorang lelaki yang disyaki bersenjata di tempat kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here