Bekas PM Jepun, Shinzo Abe ditembak

0
51
Orang ramai mengerumi lokasi Abe ditembak ketika sedang berucap

TOKYO – Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan ditembak ketika sedang berucap di bandar raya Nara, barat Jepun hari ini.

Memetik laporan media NHK, Abe ditembak dua kali di bahagian badan dan ketika ini beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau kini dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here