Benjamin Mora sah tinggalkan JDT

0
53
Benjamin Mora

CYBERJAYA – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan ketua jurulatihnya, Benjamin Mora akan meninggalkan pasukan tersebut.

Menurut kelab itu dalam satu kenyataan, Mora telah meminta untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan

“JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang,” katanya hari ini.

Sebelum ini ketiadaan Mora dalam dua perlawanan terakhir melibatkan Penang FC dan Melaka United menimbulkan persoalan banyak pihak yang mengaitkan jurulatih yang berasal dari Mexico itu bakal meninggalkan JDT.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, Mora merupakan jurulatih JDT yang paling berjaya dengan menghadiahkan empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

Malah, katanya, Mora telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan.

“Terima kasih, Benjamin. Anda akan selamanya menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT. Jumpa lagi,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here