Blackout: Beberapa kawasan kembali pulih – TNB

0
41
Keadaan blaklckout di KLCC hari ini. Kredit gambar media sosial

CYBERJAYA – Beberapa kawasan di Semenanjung yang mengalami masalah gangguan elektrik atau blakcout kembali pulih sebentar tadi.

Menurut TNB dalam satu kenyataan,
antara kawasan berkenaan adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota.

“Bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Klang.

“Punca kejadian sedang dikenalpasti dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Katanya, beberapa kawasan di Semenanjung sedang mengalami gangguan elektrik sejak jam 12:39 tengah hari ini melibatkan 2.2GW yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan.

Sehubungan itu, TNB akan memaklumkan kepada para pelanggan dari masa ke semasa.

Pada masa sama, pihaknya juga memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here