BNM dijangka naikkan lagi OPR minggu ini

0
18

CYBERJAYA – Moody’s Analytics menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.25 peratus dalam minggu ini.

Untuk rekod, Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) BNM kali keempat akan bersidang mulai esok hingga Rabu.

Sementara itu, MIDF Research berkata, BNM akan “mempertimbangkan untuk satu lagi kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas” berikutan peningkatan berterusan dalam inflasi teras, sekali gus mencerminkan permintaan dalam negeri yang kukuh.

“Selain itu, momentum positif dalam jualan perdagangan pengedaran, penurunan kadar pengangguran kepada tahap rendah baharu pandemik iaitu 3.9 peratus pada 22 April 2022 serta kadar pengembangan dua angka perdagangan luar memberikan tanda-tanda positif terhadap pemulihan kukuh ekonomi,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Pada mesyuarat MPC ketiga yang diadakan pada Mei lalu, bank pusat itu telah menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus.

Kadar siling dan lantai bagi koridor OPR juga masing-masing meningkat kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.

Ia berkata pembukaan semula ekonomi global yang berterusan dan peningkatan dalam keadaan pasaran buruh terus menyokong pemulihan aktiviti ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here