Boris Johnson umum letak jawatan sebagai Perdana Menteri Britain

0
33
Boris Johnson

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Parti Konservatif.

Johnson berkata beliau akan terus menjadi Perdana Menteri sehingga penggantinya dilantik melantik menteri baharu dalam Kabinetnya, termasuk setiausaha pendidikan dalam tempoh tiga hari.

“Dalam politik, tiada siapa yang sangat diperlukan.

“Saya mahu anda tahu betapa sedihnya saya kerana melepaskan pekerjaan terbaik di dunia, tetapi inilah masanya,” katanya dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di Downing Street.

Johnson berkata, langkah itu diambil atas kehendak Parti Konservatif yang mahukan pemimpin baharu.

“Dan saya telah bersetuju dengan Graham Brady, Pengerusi Ahli Parlimen Penyokong kami, bahawa proses memilih pemimpin baharu itu harus dimulakan sekarang.

“Dan hari ini saya telah melantik Kabinet untuk berkhidmat, sehingga seorang pemimpin baharu dipilih,” ujarnya.

Johnson terpaksa berundur selepas menterinya dan Ahli Parlimen Konservatif menarik balik sokongan mereka terhadapnya susulan skandal yang menyelubungi Chris Pincher yang meletak jawatan selepas didakwa menyerang dua lelaki ketika mabuk di sebuah kelab persendirian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here