Buku pengalaman Ismail Sabri hadapi pandemik Covid-19 dilancarkan

0
6
Perdana Menteri ketika melancarkan ‘coffee table book’ yang membukukan pengalaman beliau ketika menghadapi pandemik Covid-19 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam melancarkan buku kenangan ‘Ismail Sabri Yaakob: Teraju Keselamatan Depani Ancaman Covid-19’.

Coffee table book yang disusun oleh Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Datuk Ruhaidini Abd Kadir, antara lain merupakan pengkisahan pengalaman Ismail Sabri selaku Menteri Kanan Kluster Keselamatan ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Sisipan gambar-gambar menarik dan bersejarah yang terdapat di dalam buku tersebut pula merupakan bidikan lensa Foto Pejabat Menteri Kanan Pertahanan, Jabatan Perdana Menteri dan juga Kementerian Pertahanan.

“Ketika dilantik sebagai Menteri Kanan Pertahanan pada Mac 2020, negara sedang berhadapan dengan ancaman penularan wabak Covid-19 yang bukan sahaja mengancam kesihatan awam, malah turut memberi kesan besar kepada sektor ekonomi, sosial serta keselamatan rakyat dan negara.

“Bermula detik itu, seluruh kekuatan digembleng secara bersama. Agensi-agensi kerajaan termasuk pasukan kesihatan dan keselamatan selaku barisan hadapan digerakkan secara bersepadu dalam usaha menangani wabak ini.

“Segala faktor yang boleh menjadi punca kepada penularan wabak in dikenal pasti dan ditangani sebaiknya,” kata Ismail Sabri dalam prakata beliau di buku tersebut.

Tambah beliau, perkongsian pengalaman ini diharap dapat dijadikan rujukan buat generasi yang akan datang.

“Peperangan menentang Covid-19 in merupakan sesuatu yang besar dan mencabar. Berperang dengan musuh yang tidak kelihatan namun berada di sekeliling kita. Setiap peperangan mesti dimenangi dan nyawa rakyat mesti diselamatkan,” kata beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here