CF Gold bakal anjur bengkel pemasaran khas Quantum Metal

0
37

CYBERJAYA – CF Gold bakal mengadakan satu bengkel pemasaran khusus buat buat para ahlinya sebagai satu usaha mengukuhkan penjanaan pendapatan mereka.

Pengasas CF Gold, Mohd. Fadzil Hashim berkata, bengkel tersebut bukan sahaja memfokuskan mengenai formula dan teknik, tetapi para pesertanya akan turut dibekalkan modul dan templat pemasaran.

“Setelah beberapa bulan mengadakan kelas bimbingan emas, saya dapati masih ramai yang kurang arif mengenai teknik pemasaran.

“Dari segi simpanan, mungkin memadai dalam jangka masa panjang, tetapi untuk menggandakan pendapatan, perlu ada kemahiran pemasaran,” kata Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

CF Gold mengaplikasikan sistem Quantum Metal Sdn. Bhd. (QM) yang menggabungkan simpanan dan pelaburan berasaskan mineral emas.

Selain simpanan, pemegang akaun QM turut berupaya menjana pendapatan bulanan dengan menjadi ejen dan pengedar.

“Untuk menarik orang ramai sebagai ejen, perlukan pengetahuan pemasaran. Bengkel yang diadakan ini bukan sahaja mengajar mengenai kemahiranz tetapi kita akan bekalkan juga dengan modul dan templat penulisan yang mereka boleh gunakan,” kata Coach Fadzil lagi.

Katanya lagi, peserta bengkel akan dikenakan bayaran komitmen sebanyak RM99 jika ingin menyertainya.

“Sebelum ini, saya sering mengadakan bengkel secara percuma, berkongsikan pengetahuan asas mengenai teknik.

“Kali ini, bayaran yang dikenakan adalah sebagai tanda komitmen peserta itu dalam menunjukkan keseriusan menaik taraf pengetahuan dan kemahiran mereka daripada hanya sebagai penyimpan kepada ejen dan pengedar.

“Tempat adalah terhad, jadi nantikan pengumuman seterusnya dalam masa yang terdekat,” kata Coach Fadzil lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here