Coach Fadzil jawab persoalan mengenai QM

0
75
COACH FADZIL

CYBERJAYA – Persoalan mengenai sistem pelaburan emas Quantum Metal yang banyak dibangkitkan menerusi media sosial kebelakangan ini terlerai menerusi penerangan Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim, malam ini.

Sesi penerangan yang berlangsung selama kira-kira satu jam setengah tersebut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook miliknya.

Selain berkongsikan pengiraan untung rugi yang sebenar, Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil turut menggunakan sesi tersebut bagi menjawab segala soalan yang dilontarkan oleh para penonton secara langsung.

“Saya berharap sesi ini dapat digunakan sebaiknya bagi menjawab segala persoalan tuan dan puan.

“Jika ada masalah, boleh ajukan kepada saya dan saya akan jawab secara terus,” katanya.

Beliau berkata, hantaran di media sosial oleh sesiapa pun amat mudah disalah ertikan sekiranya maklumat yang diberikan adalah tidak tepat dan berlandaskan pemahaman yang salah.

“Oleh sebab itu, saya menggunakan peluang dan ruang ini bagi memperbetulkan persepsi negatif dan salah faham yang timbul,” jelasnya lagi.

Berkenaan isu kepatuhan syariah, Coach Fadzil berkata, selayaknya soalan itu diajukan kepada pihak yang berkenaan.

“Saya bukanlah orang yang layak menjawab soalan tersebut, kerana bukan saya yang lakukan audit patuh syariah itu.

“Seeloknya ia diajukan kepada yang selayaknya,” katanya lagi.

Untuk rekod, produk Quantum Metal diakui patuh syariah oleh ISRA Consulting, sebuah institusi penyelidikan berkaitan kewangan dan syariah Islam yang ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan juga oleh Tawafuq Consultancy.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here