Coklat Yogurt antara tarikan di R&R @Malakat Mall. 

0
18
Hernie Kaman, pemilik gerai Chocodop’s yang bertempat di Malakat Mall.

CYBERJAYA – Kebiasaanya rasa coklat adalah manis dan pahit tetapi lain pula ceritanya di gerai Chocodop’s yang menjual coklat bercampur yogurt di sini, hari ini.

Menurut pemilik gerai Chocodap’s, Hernie Kaman dia bersama-sama dengan adiknya berniaga sejak semalam sempena Program Riuh dan Rancak (R&R) di Malakat Mall.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Kak Hernie, juga berkata, Truffle Yogurt iaitu campuran antara yogurt dan juga coklat adalah satu produk yang mempunyai rasanya yang tersendiri.

“Truffle Yogurt ini adalah campuran antara yogurt dan juga coklat yang mana rasanya yang masam-masam manis berbeza dengan rasa coklat biasa yang manis-manis pahit.

“Saya baru sahaja berniaga di sini dan sudah menjadi agen Chocodaps bersama-sama dengan adik saya selama tiga minggu,” katanya kepada Malakat Tribune.

Mengulas lanjut mengenai tawaran istimewa yang diberikan sepanjang dua hari ini, dia berkata, setiap pembelian 3 pek coklat pelanggan bakal menerima pouch bag secara percuma.

“Untuk setiap pembelian 3 pek coklat yang berharga RM33 (RM 11 setiap satu pek) pelanggan akan dapat pouch bag secara percuma,” ujarnya lagi.

Kak Hernie yang juga berasal dari Banting berkata, selain daripada menjual Truffle Yogurt dia ada juga menjual coklat Alamond Milk, Almond Sesame, Hazelnut Dark dan Raisin Milk.

Terdahulu, Program Riuh & Rancak (R&R) diadakan di Malakat Square pada setiap hari Jumaat hingga Ahad setiap minggu dari jam 4 petang sehingga 12 malam.

R&R Cyberjaya menghimpunkan pelbagai jenis barang termasuk makanan, minuman, pakaian, aksesori, kraftangan, permainan dan lain-lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here