‘Datuk Ain’ bukan wanita, terkenal dengan modus operandi scam jemaah haji dan umrah

0
9658
Sebahagian mangsa penipuan haji berkumpul di KLIA semalam

CYBERJAYA – Sekiranya ramai meneka ‘Datuk Ain’ yang merupakan dalang penipuan haji furada melibatkan hampir 400 mangsa seorang wanita, telahan itu adalah salah.

Pengerusi Yayasan Afiz Ayub, Afiz Ayub mendedahkan, Datuk Ain merupakan seorang lelaki dan telah banyak kali menipu bakal jemaah haji dan umrah dengan menggunakan modus operandi yang sama.

“Mengikut pengalaman yang ada, UCT (agensi pelancongan) ini pun bukan players baru dan mereka dulu pun ada nama di kalangan agensi.

“Tapi untuk kes kali ini, UCT ni kene kambing hitam dengan Datuk Ain ini sebab bila nampak saja nama si Datuk Ain ini memang sah kene kambing golek tapi bukan la saya nak backup UCT ke apa sebab bila ada nama Datuk Ain ini banyak kali bab scam umrah haji mesti ada nama dia.

“Siapa Datuk Ain ni sebenar? Dia ni la scammer terbesar umrah dan haji bagi rakyat Malaysia. Dia gunakan UCT kononnya boleh dapatkan visa furada. Datuk Ain ni dah banyak kali kena cekup mungkin UCT tak kenal dia ni. Operandi dia bersama sorang lagi perempuan nama dia Noraini,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Dalam pada itu, Afiz yang terkenal dengan kerja kebajikan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan syarikat UCT hanya dijadikan kambing hitam oleh Datuk Ain.

Beliau berkata, ini kerana pihak UCT tidak lepas tangan atau melarikan diri malah sanggup berhadapan dengan mangsa.

Menyentuh mengenai visa furada, katanya, visa tersebut dikeluarkan oleh kerajaan Saudi kepada beberapa pihak antaranya kementerian tertentu di Malaysia, orang kenamaan (VIP) dan agensi-agensi tertentu.

Katanya, harga visa tersebut dijual dalam lingkungan SAR10,000 hingga SAR18,000 (RM11,000 hingga RM21,200) untuk satu visa.

Bagaimanapun, katanya, kelulusan visa tersebut adalah bergantung kepada Arab Saudi dan jemaah perlu memohon permit bersama Arab Saudi.

“Bayangkan kalau dia amil harga satu visa SAR18,000 setiap seorang, total dia scam SAR6.84 juta bersamaan RM8.04 juta.

“Ini baru visa. Belum dia janji benda lain lagi contoh tiket ke hotel dan sebagainya. Mudahkan buat duit. Tapi itu la pelik kenapa UCT sanggup dan berani ambil projek ni.

“Si Datuk Ain ni dah banyak kali scam orang. Dia bercuti scam pada tahun Covid saja sebab umrah dan haji tak boleh masuk,” katanya.

Sementara itu, katanya, antara penipuan yang pernah dilakukan oleh Datuk Ain ialah menipu kira-kira RM4 juta sebuah agensi pelancongan untuk membawa jemaah haji dan mendakwa mendapat tajaan daripada VIP untuk mengaburi mata orang kampung.

“Buat umrah RM2500 hingga RM3000 yang konon selebihnya ada Datuk taja. Jemaah dah bayar dan sampai tiket tak ada, tapi ada juga yang dah sampai, bila sampai hotel pula tak ada dan tiket hanya sehala.

“Macam mana boleh tipu jemaah kata tiket sudah confirm? Kalau kita ada lesen outbound, kita hanya perlu letakkan deposit sahaja untuk lock seat dan agensi akan diberikan PNR nombor (ticket nombor) tapi kalau tak bayar baki, memang tak terbang la

“Banyak lagi Datuk Ain ni gunakan company agensi, lagi-lagi company yang dah terdesak. Operandi dia senang tawarkan kepada orang kampung umrah murah kononnya Datuk sponsor separuh.

“Memang ramai la masuk. Kalau sorang masuk RM2500, kalau dah 100 orang dah berapa? soalnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here