Dendam peribadi punca pembunuhan Shinzo Abe

0
58
Senjata buatan sendiri 9 laras yang dirampas dari rumah suspek pembunuhan Shinzo Abe.

TOKYO – Suspek pembunuhan Shinzo Abe iaitu Yamagami Tetsuya mendakwa dirinya tidak mempunyai pilihan lain selain membunuh bekas perdana menteri itu kerana dendam.

Suspek yang merupakan bekas anggota tentera laut negara itu dilaporkan telah me­rancang pembunuhan itu selama berbulan-bulan dengan senjata buatan sendiri.

Dendam suspek berusia 41 tahun itu dikatakan berpunca daripada penglibatan Abe dalam sebuah organisasi keagamaan yang dibencinya.

Menurut Tetsuya, organisasi berkenaan menjadi punca ibunya bersikap obses dan kerap memberi derma sehingga perniagaan keluarganya mula merosot dan muflis.

Sementara itu, Badan Penyiaran Jepun (NHK) melaporkan hasil serbuan polis ke rumah suspek menemui ruang simpanan senjata buatan sendiri termasuk senapang patah lima dan sembilan laras.

Tetsuya dikatakan mempelajari cara menghasilkan senjata api dan mendapatkan bahan binaan dan letupan melalui Internet.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Abe, 67, meninggal dunia di hospital akibat kecederaan pada leher dan dada selepas ditembak menggunakan senjata api buatan sendiri ketika berkempen di wilayah Nara.

Suspek yang melepaskan tembakan pada jarak dekat tidak me­larikan diri menyebabkan dia diberkas serta-merta oleh polis.

Tetsuya yang bekerja di sebuah gudang di Kyoto, digambarkan sebagai lelaki pendiam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here