Dua suspek vandalisma kelab komedi diburu polis

0
8
Simbahan cat pada premis Kelab Komedi Crackhouse yang turut mengenai pintu premis sebuah bank di TTDI, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu dua suspek dalam kejadian simbah cat ke atas premis kelab komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail, di sini pagi semalam lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, dua suspek lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja dipercayai terlibat membaling dua plastik berisi cat hitam dan merah.

Katanya, sebahagian daripada cat yang dibaling suspek turut mengenai premis restoran dan bahagian pintu kakitangan bank yang terletak bersebelahan kelab komedi berkenaan.

“Polis telah membuat semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank dan restoran berkenaan dan mendapati kejadian berlaku antara jam 4.15 pagi hingga 5.09 pagi Selasa.

“Rakaman CCTV akan dihantar ke Jabatan Forensik PDRM untuk mendapatkan analisis pakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata, laporan polis telah dibuat oleh pekerja bank berkenaan pada jam 10 pagi dan pemilik restoran terbabit pada jam 4 petang Selasa.

Amihizam berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (iaitu melakukan khianat).Kelab komedi Crackhouse sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menjadi pentas persembahan komedi yang mempersendakan ajaran agama Islam dan orang Melayu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here