Eksesais Black Snake uji kemahiran anggota BOPKP laksana misi selamatkan tebusan

0
19

CYBERJAYA – Satu siri latihan menyelamatkan tebusan di kawasan kritikal berjaya dilaksanakan oleh Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan (BOPKP), baru-baru ini.

Latihan yang dinamakan sebagai Eksesais Black Snake itu dilaksanakan dengan kolaborasi bersama Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jejambat (Viaduct) 8 kilometer (km) daripada Terminal Skypark Subang selama dua hari bermula 6 Julai lepas.

Eksesais yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menguji keupayaan dan kemahiran anggota First Responder Group (FRG) ATM dalam menghadapi krisis dengan melaksanakan operasi menyelamatkan tebusan di kawasan kritikal menyerupai situasi sebenar menggunakan gerabak komuter KTMB.

Selain itu, eksesais tersebut turut menjadi medan menguji kemampuan anggota bantuan yang terdiri daripada Tim Chemical, Biological, Radiologi, Nuclear and Explosive (CBRNe), Tim Counter Improviced Explosive Device (CIED), Tim Perubatan, Tim Anjing Perang daripada Cawangan Serigala dan pasukan perunding juga mengaturgerakkan aset-aset mereka.

Selain anggota BOPKP, eksesais itu turut melibatkan aset ATM lain seperti helikopter EC 725 dari 10 Skuadron PU Kuantan, helikopter AW109 dari Skuadron 881 PUTD, Cawangan Serigala dari Pusat Latihan Darat (PULADA), Tim CBRNe dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Tim CIED dari 91 Rejimen Bantuan RAJD, Tim Perubatan dari Batalion Kedua Perubatan Kluang, Staf J3 Op Khas Markas Angkatan Bersama dan bantuan anggota-anggota ATM serta staf-staf KTMB yang bertindak sebagai tebusan serta pengganas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here