Felcra peruntuk RM10 juta untuk usahawan luar bandar

0
13
Mahdzir Khalid berucap pada Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) FELCRA Berhad di ibu negara baru-baru ini.

KUALA LUMPUR– FELCRA Berhad terus komited memperkasa usahawan pesertanya di luar bandar menerusi peruntukan RM10 juta tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, peruntukan itu juga bagi melaksanakan lima aktiviti utama iaitu penglibatan komuniti, kelestarian industri kampung, perlengkapan kampung, agro-pertanian dan pembangunan hasil baru.

“Program berkaitan keusahawanan merupakan salah satu strategi FELCRA bagi membantu mempelbagaikan sumber pendapatan warga pesertanya agar tidak hanya menumpukan kepada bayaran agihan keuntungan hasil komoditi sahaja.

“Kita mahu melihat peningkatan ekonomi peserta FELCRA berlaku secara baik bagi jaminan masa depan generasi anak-anak dan keluarga mereka,”

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Usahawan Peserta (AKUP) FELCRA Berhad di ibu negara kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun, Pengerusi FELCRA, Datuk Jazlan Yaakub dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA, Datuk Mat Roni Zakaria.

FELCRA ketika ini jelas Mahdzir, membimbing sejumlah 1,500 usahawan pesertanya yang terlibat di dalam pelbagai bidang perniagaan.

Mahdzir menyampaikan anugerah kepada 77 usahawan luar bandar peserta FELCRA iaitu pemenang pertandingan Anugerah Kecemerlangan Keusahawanan Peserta (AKUP) 2021

“Ini juga merupakan inisiatif untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan komuniti warga peserta FELCRA.

“Aktiviti keusahawanan berupaya untuk merangsang ekonomi domestik dengan memenuhi keperluan serta permintaan setempat terutama dalam sektor kritikal bagi menampung industri Gedung Makanan Negara terutama dalam bidang penternakan dan pertanian,” katanya.

Tambah Mahdzir, FELCRA mensasarkan program keusahawanannya dapat melahirkan calon usahawan ‘Kelab RM1 Juta KPLB’ seramai 30 orang dalam tempoh 3 tahun bermula tahun ini.

‘Kelab RM1 Juta KPLB’ merupakan kelab bagi usahawan peserta FELCRA yang tersenarai sebagai ahli yang telah berjaya mencapai angka jualan perniagaan mereka mencecah RM1 juta.

Sementara itu, pada majlis yang sama Mahdzir menyampaikan anugerah kepada 77 usahawan luar bandar peserta FELCRA iaitu pemenang pertandingan Anugerah Kecemerlangan Keusahawanan Peserta (AKUP) 2021.

Anugerah tersebut merupakan penganjuran julung kali diadakan bagi merai serta menghargai usahawan-usahawan luar bandar komuniti peserta FELCRA Berhad.

Sebanyak lapan kategori anugerah dipertandingkan yang menarik penyertaan 134 orang usahawan luar bandar komuniti peserta FELCRA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here