Filem Mat Kilau angkat jati diri Melayu, bukan hentam mana-mana kaum – tegas Syamsul Yusof

0
41
Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof.

KUALA LUMPUR –  Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof mempersoalkan reaksi sesetengah pihak yang kurang senang dengan impak yang dicetuskan oleh filem berkenaan.

Menurutnya, tujuan filem itu dihasilkan untuk menaikkan semangat nasionalisme dan jati diri Melayu tanpa merendahkan kaum-kaum lain di Malaysia.

“Filem ini terus terang untuk mengangkat semangat nasionalisme dan jati diri Melayu dan tidak menghentam mana-mana kaum dan bangsa malahan filem Mat Kilau ini juga ditonton oleh kaum India dan Cina yang turut menyukai filem ini

“Mungkin kerana mesej filem Mat Kilau ini  terlalu kuat dan mungkin ada golongan yang berasa kurang senang pula padahal dalam agama kita sendiri pun tidak membenarkan kita menzalimi bangsa lain malah lindungilah mereka,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, dia yang juga merupakan pengarah dan pelakon filem KL Gangster dan Munafik melahirkan perasaan bimbang dengan isu mempersendakan agama Islam yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, isu tersebut perlu dipandang serius oleh pemimpin Malaysia bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.

“Perkara ini dah teruk sangat dan harus dipandang serius dan isu ini juga perlu berbalik kepada pemimpin.

“Saya faham saya bukan pejuang macam saudara yang lain tapi saya rasa kita marah kerana Islam itu telah diperkotak- katikan dan dipermainkan dan perlu disuarakan secara vokal,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Syamsul bersama Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi dan pelawak terkenal Shahrul Shiro hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Mereka dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain telah membuat laporan polis dan menggesa Kelab Komedi Crackhouse ditutup susulan video persembahan  pemilik kelab itu yang  memerli orang Melayu dan agama Islam tular baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here