‘Fokus isu rakyat bukan isu dalaman politik’ – kata Isham Jalil kepada Nazri Aziz 

0
31
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil.

CYBERJAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil, menempelak kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz yang mendakwa dua pemimpin UMNO yang berdepan kes mahkamah telah melanggar pejanjian dibuat pada tahun 2009.

Beliau berkata, perjanjian tersebut merupakan cerita lama dan bukanlah suatu perkara yang boleh diterima pakai kerana boleh membuka ruang kepada politik zalim.

“Ini cerita lama, 2009 punya cerita. Kalau pun cerita ini betul, perjanjian tersebut dibuat 13 tahun lepas. Masa itu tidak ada Tommy Thomas, Lateefah Koya, Tun Dr Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) untuk buat pendakwaan terpilih untuk tekan pemimpin-pemimpin UMNO di mahkamah.

“Buat sahaja satu siasatan dan buka kertas pendakwaan, belum tentu salah atau betul, ada kes mahkamah sahaja terus hilang jawatan parti. Ini bukanlah suatu yang bijak jika diterima pakai. Dan ia membuka kepada politik zalim,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) berkata, kumpulan yang penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti UMNO juga suka mengungkit kisah lama.

“Saya lihat kumpulan penyokong Muhyiddin dalam UMNO suka ungkit cerita lama untuk tutup cerita baru dan politik ini dinamik, macam-macam telah berlaku dan mengubah keadaan, sejak dua tahun lepas pun kita sudah tukar dua orang Perdana Menteri,” ujarnya lagi.

Selain itu, beliau juga menasihatkan supaya UMNO lebih fokus kepada penyelesaian isu rakyat dan masalah ekonomi daripada isu-isu politik dalaman parti yang boleh diselesaikan secara tertutup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here