Graduan pendidikan awal kanak-kanak Raudhah College berpeluang bina kerjaya di sektor kerajaan

0
44

RAUDHAH COLLEGE adalah antara institusi pengajian tinggi perintis yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK) juga terkenal sebagai “Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat” dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Kekuatan Raudhah College adalah keupayaan dalam meningkatkan ikhtisas profesionalisme keguruan dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk guru-guru dalam perkhidmatan dan lepasan sekolah bermula daripada tahun 2006 hingga kini bagi memenuhi keperluan kerjaya di institusi pendidikan awal kanak-kanak iaitu TASKA dan Tadika di Malaysia.

Sepanjang 16 tahun beroperasi, Raudhah College telah berjaya melahirkan seramai 2,125 graduan daripada program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (A7116) yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dalam kerjaya pendidikan awal kanak-kanak sama ada sebagai pendidik, penyedia, pengurus di TASKA, Tadika di pelbagai agensi kerajaan, swasta dan sebilangannya telah bergelar jurulatih PERMATA, pensyarah, konsultan dan usahawan berjaya. Selain daripada itu, Raudhah College juga sentiasa menyediakan latihan bimbingan kursus pendek dan kemahiran bersiri kepada golongan sasar yang memerlukan khidmat kepakaran dalam bidang pendidikan dan keusahawanan awal kanak-kanak.

Antara liputan media yang memperakui keberkesanan program pendidikan awal kanak-kanak Raudhah College.

Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Raudhah College sebagai menyokong saranan kerajaan dalam mentauliahkan pendidik TASKA dan guru Tadika di Malaysia untuk memiliki kelayakan ikhtisas keguruan yang diiktiraf. Penawaran pakej ‘pentauliahan guru’ khusus untuk guru dalam perkhidmatan (GDK) melalui projek kerjasama strategik dengan agensi pendidikan kerajaan terpilih telah dilaksanakan seperti berikut:
– Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaiu seramai 197 orang guru dan,
– Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) seramai 16 orang guru.

Kejayaan Raudhah College dalam membantu proses pentauliahan guru-guru dalam perkhidmatan melalui kerjasama strategik dan keberkesanan kualiti program telah mendapat liputan pelbagai media massa sejak penubuhannya hingga kini.

Penarafan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Raudhah College

Kekuatan program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAK) yang ditawarkan oleh Raudhah College adalah penarafan program bukan sahaja diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan memenuhi standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tetapi mempunyai kelebihan yang tersendiri khususnya kepada graduan yang berminat untuk mengemukakan permohonan pekerjaan di dalam sektor kerajaan. Kelebihan program yang utama adalah penarafan di dalam Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (e-Sisraf) iatu “Setaraf dengan Diploma Biasa dari Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang lain” dan telah diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak tahun 2008.

Melalui kelebihan perakuan ini, Raudhah College telah menjadi pilihan kepada guru-guru dalam perkhidmatan “in-service teacher” (GDK) di dalam agensi tertentu untuk mereka mendapatkan pentauliahan sijil keguruan mereka bagi tujuan pengesahan jawatan mereka dalam sektor kerajaan.

Tawaran Pengajian ‘Ambilan Julai 2022’

Raudhah College telah membuktikan pengiktirafan perakuan ini telah memberi manfaat bukan sahaja kepada graduan pertama program yang tamat pada tahun 2009 tetapi kepada graduan terkini yang telah bergraduasi pada majlis konvokesyen ke 10 dan ke 11 pada akhir Disember 2021 untuk mereka membina kerjaya di sektor awam mengikut terma dan syarat tertentu. Antara kerjaya dalam sektor kerajaan yang sinonim dengan graduan diploma pendidikan awal kanak-kanak daripada Raudhah College adalah guru di Tadika KEMAS, Tadika PERPADUAN dan jawatan bahagian sokongan di beberapa agensi kerajaan lain yang berkaitan.

Adalah menjadi hasrat Raudhah College dapat terus membantu kerajaan menaikkan taraf kualiti pendidik awal kanak-kanak di Malaysia melalui penawaran program ini yang dibuka kepada masyarakat umum dan guru dalam perkhidmatan untuk mereka melanjutkan pengajian mereka di Raudhah College. Proses pengambilan pelajar untuk ambilan Julai 2022 sedang dibuka sehingga 1 Ogos 2022; maklumat mengenai proses pendaftaran dan syarat kelayakan program boleh berhubung dengan pegawai pengambilan pelajar di talian 013-489 6511, 019-710 6511 atau 019-469 6511.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here