Hadiah Al-Madinah gamit memori Tanah Suci

0
40
Hashimah Hassan mempamerkan sejadah berkualiti tinggi yang dibawa masuk dari Madinah di gerai jualannya di Malakat Mall, Cyberjaya di sini.

PENGALAMAN menjadi tetamu Allah di Tanah Suci sememangnya menjadi antara memori yang tidak akan dilupakan kita umat Islam.

Ketenangan ketika mengerjakan ibadat di bumi para anbiya itu juga pastinya meninggalkan kenangan yang sentiasa dirindui.

Menyedari kerinduan umat Islam kepada Tanah Haram, sebuah syarikat tempatan tampil memasarkan sejadah bermotifkan permaidani Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pemilik syarikat Hadiah Al-Madinah, Hashimah Hassan berkata, sejadah yang dibawa masuk ke negara ini dihasilkan oleh MADA Carpet iaitu kilang pengeluar permaidani untuk kedua-dua masjid di Madinah.

“Sejadah yang kami pasarkan mempunyai kualiti bertaraf permaidani dengan tenunam halus dan berketepatan tinggi.

“Paling ‘mahal’ adalah corak permaidani dua masjid yang pasti mengamit memori ketika berada di Tanah Suci,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune, hari ini.

Pelbagai corak yang menarik untuk dipilih pelanggan.

Hashimah yang merupakan salah seorang daripada usahawan di Malakat Mall sejak hujung tahun lalu berkata, antara produk yang paling digemari pelanggan adalah corak permaidani Raudhah iaitu ruang saf paling hadapan Masjid Nabawi.

“Bagi menambah ‘nilai’ kepada setiap pembelian, kami semburkan sekali haruman asli Raudhah secara percuma.

“Set pewangi ini juga dijual secara berasingan pada harga RM25 (10ml) dan RM139 (250ml),” katanya.

Selain corak Raudhah, motif Kaabah dan Masjidil Haram juga antara yang sering menjadi pilihan pelanggan. Motif-motif lain termasuk abstrak, floral dan geometri.

“Secara keseluruhan kami kini ada lebih kurang 100 jenis corak untuk dipilih pelanggan,” katanya.

Wangian Raudhah yang pasti mengubat kerinduan kepada masjid Nabi.

Hashimah berkata, setiap sejadah didatangkan dengan tiga ketebalan iaitu 4 milimeter (mm), 6mm dan 8mm yang dijual pada harga RM99 sehingga RM209.

“Harga bagi sejadah 4mm Madinah adalah RM99, Madinah RM119. Harga bagi 6mm pula RM139 dan 8mm pula ada RM159, RM169, RM189 dan RM209,” katanya.

“Istimewa untuk pelanggan yang berkunjung secara walk in di Malakat Mall, kami bagi potongan harga RM9,” katanya.

Selain sejadah, Hadiah Al-Madinah juga menawarkan Al-Quran, kain ihram, telekung dan minyak wangi dengan bauan asli Raudhah dan Kiswah.

Untuk melihat dengan lebih dekat, gerai produk ini boleh dikunjungi di Aras G Malakat Mall, Cyberjaya.

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi dengan menghubungi Hashimah di talian 01156312505 atau kunjungi laman Facebook Hadiah Al-Madinah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here