Haqiem Stopa beri ceramah di sekolah undang rasa tidak puas hati orang ramai 

0
106
Haqiem Stopa memberikan ceramah motivasi di SMK Sungai Besi. Kredit foto: The Reporter.

KUALA LUMPUR- Kehadiran ‘ikon’ permotoran, Haqiem Stopa ke sebuah sekolah di Sungai Besi di sini untuk memberikan ceremah motivasi telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan warga maya.

Menurut salah seorang netizen yang menggunakan nama profil Facebook Kuro Bikeseller, dia tidak bersetuju Haqiem Stopa diberi peluang untuk bercakap di hadapan pelajar sekolah yang merupakan pelapis generasi akan datang.

“Kenapa dia dijemput? Atas dasar apa? Cemerlang dalam pendidikan? Cemerlang dalam usahawan? Cemerlang dalam dunia permotoran? 

“Sudah lama saya menahan diri daripada memuat naik post tentang budak hingusan ini. Hari ini saya dapat video ini, this is last la bro. Kau nak tunjuk kebodohan kau aku tak kisah, tetapi untuk pelapis, aku tak setuju,” katanya. 

Selain itu, netizen turut tidak berpuas hati dengan guru di sekolah itu kerana mengizinkan dia untuk memberikan ceramah motivasi.

“Cikgu mana bodoh gampang jemput dia ni? Jadi cikgu guna sijil tipu ke?,” soal pengguna Facebook bernama Nik Mohamad Khairi. 

Terdahulu, Haqiem Stopa yang mempunyai lebih 860,000 pengikut di TikTok memuat naik video menunjukkan kehadirannya di sekolah tersebut untuk memberi ceramah motivasi.

Sementara itu, menjawab mengenai kontroversi itu, jurucakap penganjur program itu daripada Belia Mahir berkata, Haqiem Stopa dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar sekolah bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya dalam segmen program ‘Cerita Orang Gagal’.

Tambahnya, SMK Sungai Besi merupakan salah satu sekolah yang memberi kerjasama terhadap dalam melaksanakan program tersebut.

“Program tersebut bertujuan memberi peluang kepada anak muda untuk bangkit dari kegagalan dan maju di masa depan. 

“Haqiem Stopa, seorang influencer media sosial yang mana pengisiannya berkisarkan tentang permotoran dan berpendidikan sehingga Tingkatan 3 dan mula merantau ke Kuala Lumpur seawal usia enam tahun. 

“Dia mula dikenali selepas mencetuskan provokasi di media sosial dan juga terperangkap dengan presepsi politik terhadap beliau. 

“Menerima kecaman, penghinaan, kutukan, ancaman yang hebat yang juga dikira sebagai buli di alam maya.

“Alami tekanan yang dahsyat dan di atas talian di atas kesilapan yang dilakukan dan perkara yang tidak dilakukan dia hanyalah seorang peniaga kecil mencetak baju untuk aktiviti permotoran,” kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here