Harga barang naik: Program Duta Malakat beri peluang pengguna jana pendapatan tanpa modal

0
42
Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim.

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco telah membuka ruang untuk orang ramai menjana pendapatan secara sampingan tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal melalui Program Duta Malakat.

Menurut Presidennya, Mohd Fadzil Hashim, melalui program itu, pelanggan hanya perlu mendaftar, berbelanja dan seterusnya mengajak orang ramai untuk berbelanja di seluruh jenama di bawah Malakat Mall termasuk Malakat Express.

Beliau yang juga merupakan Pengasas Malakat Mall berkata, sistem Program Duta Malakat itu adalah berdasarkan sistem perkongsian kekayaan dan diwujudkan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup isi rumah.

“Ideanya adalah apabila awak dapat kumpul 100 orang minimum dan purata perbelanjaan mereka adalah sama dengan kamu, maka secara tidak langsung anda akan mendapat kembali duit perbelanjaan anda.

“Sebagai contoh kita ambil dari sudut kedai runcit, kalau mereka (100 orang) belanja RM500 secara purata di bawah kamu, jadi kamu akan dapat komisen RM500.

Infografik mengenai Program Duta Malakat. Kredit: Instagram Malakat Mall.

“Maksudnya kita akan bantu Duta Malakat ini dalam bentuk mereka akan dapat kembali perbelanjaan yang mereka guna berbelanja,” katanya kepada Malakat Tribune di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, berkata, dengan adanya Program Duta Malakat itu masalah harga barang yang semakin mahal juga dapat di atasi.

“Sekarang ini ramai orang cakap barang mahal dan naik harga jadi dengan adanya sistem seperti Duta Malakat ini, perbelanjaan bulanan akan menjadi lebih teratur, janji anda rancang perbelanjaan itu dengan betul.

“Sistem ini hanya Malakat sahaja yang buat malah kerajaan pun tidak mampu untuk bagi,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kos pemasaran juga telah digunakan untuk membantu mereka yang menyertai Program Duta Malakat itu.

“Dalam setiap barang terdapat margin kos dan keuntungan dan antara kos yang agak besar adalah pemasaran, jadi kita guna kos pemasaran dalam bajet barangan itu untuk agihkan kepada Duta Malakat,” jelas beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here