Hari Sukan Brainy Bunch : Bapa teruja hadir hari sukan anak pertama 

0
20
Pelajar-pelajar Brainy Bunch sedang merentasi halangan sambil dibantu oleh guru-guru sempena Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini.

CYBERJAYA – Bapa mana yang tidak teruja apabila pertama kali hadir melihat anak pertamanya menyertai hari sukan sekolah.

Begitulah juga bagi Muhammad Naqib Zaki, 30, yang begitu teruja hadir buat pertama kali ke Hari Sukan Brainy Bunch bersama anak pertamanya.

“Perasaan hari ini sangat teruja sebab saya bawa anak pertama saya dan ini merupakan pertama kali hadir ke hari sukan sebagai bapa dan ini merupakan satu pengalaman yang baru untuk saya.

Bapa pelajar Brainy Bunch, Muhammad Naqib Zaki, 30.

“Semuanya baik walaupun kita datang beramai-ramai. Malah pihak pengurusan juga mengambil pendekatan yang sistemik dengan susun aturcara yang baik,” katanya.

Tambahnya lagi, dia mencadangkan agar hari sukan selepas ini boleh dijalankan secara tertutup di tempat yang berhawa dingin untuk keselesaan pelajar.

“Dekat sini semua budak-budak jadi lebih baik kalau kita buat sukan ini secara ‘indoor’, bagi lagi sejuk sebab awal-awal lagi budak dah mula berpeluh jadi dia rimas,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Azadi Asyraf Mat Nayan, 37, bapa kepada tiga pelajar Brainy Bunch menyifatkan acara pada hari ini berjalan dengan lancar.

“Saya bawa tiga orang anak saya hari ini dari Brainy Bunch cawangan Nilai dan acara hari ini teratur memandangkan kita baru habis pandemik Covid-19 tapi acara berjalan dengan lancar dan budak-budak pun seronok,” katanya.

Bapa pelajar Brainy Bunch Azadi Asyraf Mat Nayan, 37.

Mengulas lanjut mengenai perasaan anaknya, dia berkata, anaknya berasa tenang kerana guru yang terlibat mengawal keadaan dengan baik.

Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Brainy Bunch, Nur Aufa Syaza Shaiful Redwan, berkata, persiapan Hari Sukan Brainy Bunch ini memakan masa sebulan dan melibatkan daerah Lembah Klang serta Sabah,Sarawak, Kedah dan Pulau Pinang.

“Kita dah mula dengan kampus di luar negeri macam Sabah, Sarawak, Kedah dan Pulau Pinang pada bulan Jun sesudahnya habis untuk luar negeri sekarang kita buat untuk Lembah Klang pula.

Pelajar-pelajar Brainy Bunch sedang merentasi halangan sambil dibantu oleh guru-guru sempena Hari Sukan Brainy Bunch di sini, hari ini.

“Hari sukan hari ini untuk pelajar umur dua hingga tiga dan empat hingga enam tahun manakala untuk tahap menengah dan rendah bakal diadakan pada 6 Ogos ini,” ujarnya.

Hari Sukan Brainy Bunch yang buat julung kalinya mengangkat konsep pahlawan serta perlumbaan merentasi halangan itu turut dihadiri lebih 3,000 pelajar bersama ibu bapa tambahnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here