
MEMILIKI tempat tidur yang baik boleh diumpamakan seperti pemilihan sistem roda pada kenderaan. Bukan sahaja ia jaminan keselesaan tetapi juga keselamatan untuk jangka masa panjang.
Bagi pengguna yang bijak, keutamaan nombor satu pada sesebuah bilik tidur semestinya terletak pada tilam yang baik, bukannya katil. Perumpamaannya boleh dikatakan sama apabila kita perlu lebih mengutamakan kualiti tayar berbanding sport rim.
Bahkan kepentingan tilam bagi sesetengah orang amat kritikal dan dianggap sebagai satu ‘pelaburan’ yang perlu dibayar secara teliti, untuk mengelak pembaziran dan penyesalan.
Kesilapan memilih boleh menyebabkan tidur tidak selesa, sakit-sakit badan atau menjejaskan kesihatan tulang belakang. Apatah lagi bagi golongan yang sudah terdedah dengan masalah berkaitan tulang atau sendi.

Menyedari kepentingan tilam yang baik dan ‘tekanan’ harga yang terlalu tinggi di pasaran, syarikat tempatan Hause memperkenalkan tilam premium yang dibawa masuk dari Turkiye.
Pengasas Hause, Munira Ismail berkata, tilam dari series Sultan itu menawarkan kualiti terbaik dalam pasaran pada ketika ini dengan kualiti produk berpiawaian Eropah.
Katanya, tilam Sultan berketebalan 14 inci itu dibina dengan teknologi sistem spring poket 9 zon yang dapat memberikan tindak balas pantas dan berkesan terhadap pergerakan dan berat badan seseorang.
“Dalam kata lain ia dicipta untuk memberi sokongan penuh pada badan bagi menjaga postur terutama pada bahagian tulang belakang semasa waktu tidur.
“Paling penting, produk ini dihasil dengan jaminan kualiti yang setanding atau lebih baik daripada tilam-tilam jenama popular di pasaran.
“Dari segi binaan, ia menggunakan fabrik daripada kapas sulam yang cantik, lembut, sejuk dan selesa,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune.


Munira berkata, sebagai jenama baharu di negara ini, orang ramai dijemput untuk mencuba sendiri kemampuan produk itu di galeri pameran dan jualan di tingkat 2, Malakat Mall, Cyberjaya.
Sebagai pengenalan, pihaknya juga menawarkan harga promosi dengan penjimatan sehingga 50 peratus.
“Boleh datang untuk cuba sendiri produk ini. Saya jamin anda pasti terkejut dengan tawaran harga yang boleh dikatakan 2 hingga 3 kali ganda lebih murah dengan bandingan kualiti yang sama pada produk lain.
“Selain itu kami juga menawarkan kaedah pembayaran secara ansuran selama 3 tiga bulan tanpa faedah,” katanya yang turut menawarkan jualan secara dalam talian https://hause.my

