Hina Islam, wanita dituduh di mahkamah esok

0
44

CYBERJAYA – Wanita yang didakwa menghina Islam dengan menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan komedi akan dituduh di mahkamah esok.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, kertas siasatan polis sudah dirujuk kepada pejabat peguam negara.

“Susulan itu polis mendapat arahan untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek yang tamat pada hari ini turut disambung selama satu hari sehingga esok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi individu yang dipercayai teman lelakinya akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here