Hukuman mati bagi yang hina Islam, Rasulullah 

0
524
Pendakwah bebas terkenal, Dr. Rozaimi Ramle.

CYBERJAYA – Pendakwah bebas terkenal, Dr. Rozaimi Ramle, menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan segera terhadap golongan yang mempersendakan agama susulan tular sebuah lagi video penghinaan terhadap Islam.

Rozaimi berkata, langkah itu perlu memandangkan semakin banyak video dan tulisan yang menghina Islam sama ada secara jelas ataupun tersembunyi sejak akhir-akhir ini.

Katanya, penghinaan terhadap Islam bukan perkara remeh dan boleh dikenakan hukuman paling berat.

“Ibn Munzir menyebutkan bahawa orang yang menghina Rasulullah mereka perlu dibunuh (oleh pemerintah kerana telah murtad).

“Ada yang menghina Rasulullah secara tersembunyi seperti golongan pro liberal, ada pula yang menghina secara jelas seperti menyebut perkataan kesat bahkan mencabar umat Islam secara terang-terangan.

“Agama Islam adalah agama persekutuan di Malaysia dan pihak berautoriti agama perlu membuat sesuatu bagi menyekat golongan biadap sebegini berleluasa lagi,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu, tular satu video dia menghina Islam di laman sosial menunjukkan seorang lelaki didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dengan kata-kata makian.

Walaubagaimanapun, lelaki terbabit sudah ditahan polis di sebuah rumah di Batu 8, Bukit Kuchai Puchong kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak bertindak di luar batasan undang-undang.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan kepada dia dan moga hukuman berat menanti penghina Nabi Muhammad,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here